PASIR PUTEH – Kerjasama Pertubuhan Sinar Prihatin (MySinar), Myfunaction Cawangan Negeri Kelantan dan Gusinar Pasir Puteh membantu mangsa banjir di daerah ini dapat memberi semangat selepas trauma menghadapi musibah berkenaan.
Inisiatif tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menghulurkan sumbangan kotak makanan asas dan wang tunai sempena lawatan mereka di bandar Jalan Klinik dan Kampung Bukit Gedombak di sini membuktikan keprihatian mereka mengurangkan beban mangsa terlibat.