KUALA LUMPUR – MyDigital ID, platform pengesahan dan pengurusan identiti yang dipercayai kendalian MyDigital ID Sdn Bhd, hari ini mengumumkan kaedah pendaftaran secara dalam talian melalui aplikasi mudah alihnya untuk semua rakyat Malaysia.
Menurut kenyataan MyDigital ID, rakyat Malaysia hanya perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID melalui Google Play Store atau Apple App Store di telefon pintar mereka dan memulakan proses pendaftaran tanpa perlu ke mana-mana kios.