< Kembali

MV-75 Ialah Nama Baharu Untuk Bell V-280 Valor

Teknologi
AMANZ
78 Hari

Tentera Darat Amerika Syarikat secara rasmi menggunakan nama baharu Bell MV-75 untuk pesawat terbang menegak Bell V-280 Valor yang memenangi kontrak FLRAA pada tahun 2022. MV-75 ialah pesawat yang akan mengambil alih tugas helikopter Sikorsky UH-60 Black Hawk  dan Boeing CH-47 Chinook yang digunakan sekarang.

Penggunaan singkatan MV ialah unik kerana ia adalah gabungan “M” untuk multi misi dan “V” pula ialag untuk pesawat yang boleh melakukan penerbangan serta pendaratan secara menegak. Nombor 75 pula dipilih sempena tahun tentera darat Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1775. Pesawat ini mampu melakukan penerbangan menegak seperti Bell Boeing V-22 Osprey yang sudah beroperasi dengan pasukan Marin sejak 2007.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI