SHAH ALAM – Dakwaan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mahu melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dan anggota Kabinet disifatkan sebagai sesuatu yang mustahil, meskipun ramai pemimpin yang rapat dengannya tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, beliau yakin Rafizi bukan pemimpin yang mudah patah semangat atau beremosi hanya kerana kekalahan rakan-rakannya dalam pemilihan parti.