SHAH ALAM – Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Mustaffa Kamil Ayub membuat kejutan apabila kembali merebut jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mencabar 10 nama besar lain.
Menurut sumber, nama ahli politik asal Pasir Salak, Perak itu terpapar pada sistem pencalonan pemilihan setakat jam 12.30 tengah hari, menjadikan jumlah keseluruhan calon yang bertanding bagi jawatan sama seramai 11 orang.