Musim durian sudah tiba! Walaupun sedang dalam tempoh ‘total lockdown’, tapi jika dilihat di tepi jalan, banyak yang sudah mula menjual ‘raja buah’ untuk mencari sumber pendapatan demi menampung kos sara hidup. ‘Raja buah’ yang dimaksudkan ialah buah durian! Siapa yang tidak menggemari buah durian kan? Aromanya sahaja sudah cukup buat kita teriur. Apatah lagi kuning buahnya serta kemanisan lemak buah itu sendiri, sesuailah dengan jolokon ‘Raja Buah’.
Buah durian bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah hari ini, ramai yang hadir dengan kreativiti sendiri mencipta menu yang lazat berdasarkan durian. Bubur durian, cucur durian, lempeng durian, seri muka durian dan ais krim durian semuanya menjadi kegemaran masyarakat kita. Tetapi, ada satu lagi resepi yang sangat mudah untuk dihasilkan iaitu serawa durian! Serawa durian juga antara menu yang diminati ramai kerana kesedapannya yang diadun sebati dengan santan cukup menyelerakan!