GUA MUSANG – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin untuk prosiding sebutan semula terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 14 Ogos lalu.
Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri itu dilihat memakai sut lengkap dan dikawal ketat polis sebelum dibawa masuk ke lobi mahkamah pada jam 8.45 pagi.