PUTRAJAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu untuk menyemak keputusan yang mengembalikan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dihadapinya.
Ini bermakna, bekas Perdana Menteri ini kekal atas tuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen.