SRG.OG dilihat bergembira melancong dan bersiar-siar di Malaysia sambil mengadakan ‘team-building’ untuk melepaskan stres dan meningkatkan lagi keserasian sebelum bermula saingan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPLMY) S15 pada 19 April ini.
Tular di media sosial rasmi SRG.OG di mana ahli pasukan dan kakitangan juara Mid Season Cup 2024 itu seronok bermandi-manda dan mengadakan aktiviti di Pulau Pangkor baru ini.