DX Soul membuat debut yang memberangsangkan di pentas Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-15 setelah menghuni tangga kelima carta setakat minggu kelima.
Pasukan baru itu kini berjaya merekodkan empat kemenangan dan empat kekalahan, sekali gus mengumpul sebanyak 11 mata untuk berada di atas pasukan-pasukan berpengalaman seperti Todak dan Team Vamos.