AERO Esport mencipta kejutan selepas menewaskan Team Vamos 3-1 dalam pusingan kalah mati Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) di di Stadium Bukit Kiara, sebentar tadi.
AERO mendominasi penuh Perlawanan 1 selepas mempamerkan aksi kemas untuk menghukum Vamos yang bergelut dan kehilangan rentak, malah Muhammad Balakosa atau lebih dikenali sebagai Hazle yang menggunakan hero Fanny memacu pasukannya meraih mata pertama 12-3.