AMPANG – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menghantar bil cukai taksiran nilaian baharu bagi penggal pertama Januari hingga Jun 2025 secara berperingkat kepada pemilik hartanah.
MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, ia selaras dengan keputusan pihak berkuasa negeri bahawa had kenaikan dibenarkan adalah sebanyak 25 peratus daripada cukai taksiran semasa.