SHAH ALAM – SHAH ALAM – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman hanya akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya kalah di Mahkamah Persekutuan dan menegaskan kerusi disandangnya kini kekal ‘status quo’.
Sehubungan itu, beliau mengesahkan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April lepas, yang membatalkan writ saman dan penyata tuntutannya terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).