SHAH ALAM – Program Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) perlu memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk diserap ke jawatan tetap berdasarkan kebolehan serta kemampuan dalam menjalankan tugas dengan cekap.
Peserta MySTEP, Khairun Badriah Adnan, 24, berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan tersebut untuk tempoh masa tertentu kerana ramai peserta mempunyai kemahiran yang baik sewaktu mengurus serta menyelesaikan tugasan.