PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang baharu pada Selasa.
Beliau yang sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman tiba di ibu pejabat agensi itu kira-kira jam 9.15 pagi.