KOTA BHARU – Seorang pembantu kedai makan di Rembau, Negeri Sembilan lega apabila suami yang disangka hilang muncul selepas lapan hari tidak dapat dihubungi.
Norsyakilla Awang, 31, mengakui dia sangat bimbang kerana suaminya, Mohd Ridzlan Ahmad, 43, tidak menjawab telefon selepas keluar bekerja pada 13 Ogos lalu di satu daerah di Kelantan.