SHAH ALAM – PMB Investment Bhd (PMB Investment), sebuah syarikat pengurusan dana Islam terkemuka di bawah Pelaburan MARA Berhad, dijangka mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Idzwan Idzuddin Ab Rahman sebagai Pengerusi baharunya untuk tempoh dua tahun.
Difahamkan Mohd Idzwan telah mendapat surat pelantikan tersebut yang ditandatangani Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 2 September lalu.