SHAH ALAM – Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada Selasa bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Mohd Dusuki selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.