PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 7 Julai.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Mohd Azam mempunyai latar belakang akademik yang kukuh dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu, Ijazah Sarjana dalam Linguistik Wacana, serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Strategik Komunikasi dari Universiti Malaya.