SHAH ALAM – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa mana-mana syarikat yang membayar levi kepada Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) untuk menghentikan urusan tersebut buat sementara waktu.
Ia susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 yang mendedahkan sebanyak RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan telah digunakan untuk melabur.