Menjelang pertempuran pertama Homebois dalam MLBB Mid Season Cup (MSC) malam ini yang juga ulangan perlawanan peringkat suku akhir tahun lalu, jurulatih pasukan, ‘Coach Erpang’ sama sekali tiada gentar.
Meskipun Homebois berwajah baru musim ini dan kurang pengalaman memandangkan dibarisi jurulatih dan pemain yang baru, berbanding lawan Flash yang hanya menukar pemain di posisi EXP Laner tahun ini.