BANGI – Seorang peniaga ‘ubat kuat’ dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Isnin atas kesalahan mencari langganan bagi maksud persundalan menerusi aplikasi Telegram atas nama ‘Miza Ozawa’, tiga minggu lalu.
Siti Amiza Baharuddin, 27, yang hamil enam bulan, dikenakan hukuman itu selepas kekal mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Shahrul Rizal Majid.