< Kembali

“Misteri di Sebalik Order” Ialah Siri Animasi TV3 Pertama Yang Dijana Sepenuhnya Oleh AI

Teknologi
AMANZ
5 Hari

Dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) generatif semakin berkembang dan kerajaan sendiri menggalakkannya, TV3 menjadi saluran TV pertama Malaysia menghasilkan siri yang dijana sepenuhnya oleh AI. Siri animasi Misteri di Sebalik Order mula ditayangkan di TikTok bermula 6 September lalu. Episode pertama adalah sepanjang 1:54 minit dengan ia memaparkan kehidupan Cap seekor capybara yang bekerja sebagai seekor penghantar makanan.

📢 Nantikan Misteri Di Sebalik Order, drama bersiri AI terbaru eksklusif di akaun TikTok @aiseyymentv3_ 📅 Mulai 6 September | Setiap Sabtu, 8 Malam Jangan terlepas, follow sekarang! 🔥 fyppppppppppppppppppppppp fyp

Cap jatuh cinta dengan pelanggan yang memesan makanan bernama Meknab tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan watak yang kelihatan seperti arnab ini. Ini adalah kali ketiga setahu kami kumpulan Media Prima menggunakan AI dalam penerbitan mereka. Pada tahun 2023, FlyFM memperkenalkan Aina – DJ radio AI pertama di Malaysia dan awal tahun ini visual seruan Azan di TV3 an TV9 juga dijana AI generatif.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI