TEHERAN – Iran dilaporkan telah menggunakan peluru berpandu balistik terbaharu mereka dinamakan Haj Qassem, yang mampu mengelak daripada dipintas sistem pertahanan musuh, dalam serangan terkininya ke atas Israel, menurut media rasmi Iran.
Misil yang dipandu dan berkuasa bahan api pepejal itu digunakan dalam gelombang serangan yang menyasarkan beberapa kawasan di wilayah Israel pada awal pagi Ahad.