< Kembali

Misi Malaysia ke pentas final Piala Sudirman 2025 buat kali pertama

Sukan
Stadium Astro
17 Hari

Skuad badminton Malaysia kini sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi Piala Sudirman 2025 yang akan berlangsung di Gimnasium Fenghuang, Pusat Sukan Olimpik Xiamen, China, bermula 27 April ini.
 
Dalam edisi ke 19 kejohanan berprestij ini, Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama Jepun, Australia dan Perancis. Skuad negara menampilkan barisan pemain berpengalaman dan muda termasuklah beregu campuran negara, Shevon Lai Jemie dan Goh Soon Huat yang bersedia untuk berpasangan dengan rakan baru jika diperlukan demi strategi pasukan.
 
Mengimbas semula rekod Malaysia di kejohanan ini, sejak penyertaan pertama pada 1989, Malaysia telah berjaya ke separuh akhir sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2009, 2021 dan 2023 sekaligus membawa pulang pingat gangsa dalam setiap edisi tersebut. Dalam edisi 2023 di Suzhou, China, Malaysia menewaskan Denmark 4-1 di suku akhir sebelum tewas 1-3 kepada Korea Selatan di separuh akhir.
 
Antara detik bersejarah adalah pada edisi 2021 di Vantaa, Finland, apabila Malaysia menewaskan Indonesia buat pertama kali dalam sejarah Piala Sudirman dengan kemenangan 3-2 di suku akhir. Kejayaan tersebut juga memberi harapan dan membuktikan bahawa Malaysia sebenarnya mampu untuk melangkah lebih jauh lagi dalam kejohanan berprestij ini sekaligus untuk menamatkan penantian beraksi di final.
 

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI