SHAH ALAM – Kumpulan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mula berlayar ke Greece untuk bergabung dengan pasukan negara lain bagi menyempurnakan usaha menyalur bantuan kepada rakyat Palestin.
ZRA Strim atau nama penuhnya Zainal Rashid Ahmad berkata, pelayaran merentas lautan Mediterranean bermula dari Porto Pollo, Itali itu mengambil masa sekitar 10 hari untuk memecah kepungan sebelum tiba di Gaza.