SHAH ALAM – Sesi suai kenal atau minggu orientasi khusus kepada pelajar universiti masih relevan dilakukan bagi mahasiswa baharu untuk berkenalan antara satu sama lain.
Bagaimanapun, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata, program tersebut tidak perlu melibatkan aktiviti fizikal dan memalukan pelajar baharu.