KOTA BHARU – Taburan keberadaan mineral atau unsur nadir bumi (REE) dalam hutan simpan kekal antara faktor yang menjadi halangan melambatkan proses perlombongan mineral berkenaan di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, berdasarkan peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984, perlombongan tidak boleh dijalankan di dalam hutan simpan kekal melainkan ia diwarta keluar terlebih dahulu.