SHAH ALAM – Syarikat Malaysia terkemuka dalam pembangunan sistem elektronik pertahanan (DES) berteknologi tinggi, Mindmatics Sdn Bhd menjalinkan kerjasama strategik bersama Nexcore Technology Co Ltd iaitu sebuah syarikat tersohor yang pakar dalam penyelesaian keselamatan siber berkuasa kecerdasan buatan (AI), sistem penyulitan canggih dan teknologi komunikasi.
Pengarah Mindmatics, Abdul Wahab Sulaiman berkata, usahasama itu bertujuan menggabungkan kepakaran Mindmatics dalam sistem elektronik pertahanan dengan inovasi teknologi AI Nexcore bagi membangunkan next-generation AI multi-source communication box.