SHAH ALAM – Mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW tidak perlu diuar-uarkan kepada umum, dibahas atau ditular kepada media massa termasuk platform elektronik bagi menjauhkan daripada riak, ujub serta takabbur.
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Dr Nooh Gadut berkata, perkara tersebut sekali gus boleh mendatangkan fitnah, kekeliruan, salah faham dan salah tafsir oleh masyarakat awam.