Aktres terkenal tanah air yang juga ikon global, Tan Sri Michelle Yeoh, dilihat hadir ke Masjid Negara sekitar jam 11.15 pagi tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Suasana di Dewan Solat Utama dilaporkan tenang dan penuh rasa hormat, apabila orang ramai turut hadir memberikan penghormatan kepada bekas Perdana Menteri kelima Malaysia itu.