PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang dituntut membayar semula RM500,000 kepada Armani Entertainment Sdn Bhd selepas didakwa gagal menunaikan perjanjian yang dimeterai tiga tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Armani Entertainment, Datuk KK Chua berkata, antara isi kandungan dalam dua kontrak berkenaan ialah jaminan Michael memasukkan artis di bawah syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular.