KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai supaya berada di tempat selamat sekiranya fenomena garis badai (squall line) berlaku di kawasan mereka.
MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan bahawa fenomena itu berpotensi membawa hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat, selain disertai angin kencang, guruh, petir serta laut bergelora dan berombak.