Dengan masalah yang menimpa Bytedance di Amerika Syarikat, ia membuatkan beberapa aplikasi dibawah mereka diharamkan akses, termasuk salah satunya adalah penyunting video popular, CapCut. Ini sekaligus membuka peluang kepada pelbagai aplikasi alternatif lain, dan tidak ketinggalan adalah pihak Meta yang mengumumkan pengenalan aplikasi penyunting video mereka tersendiri, dinamakan Edits.
Edits akan menawarkan alternatif kepada CapCut, dan diterbitkan dibawah Instagram. Meta sekadar mengumumkan Edits sahaja buat masa ini, dan aplikasi ini dijangka hadir untuk pengguna iPhone menjelang 13 Mac 2025 kelak. Aplikasi ini juga dijangka menyusul untuk pengguna Android.