Mark Zuckerberg kini berkongsi menyatakan perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan mereka, iaitu Meta AI mempunyai hampir 600 juta pengguna aktif setiap bulan. Angka ini memperlihatkan peningkatan drastik sejak bulan lepas, dan Mark Zuckerberg sendiri menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan terkemuka dunia menjelang penghujung 2024 ini.
Meta AI merupakan perkhidmatan kecerdasan buatan berasaskan chatbot yang diintegrasikan terus pada perkhidmatan dibawah Meta, termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi dengan Meta AI dalam bertanyakan sejumlah perkara, menjana gambar, dan menguruskan sejumlah perkara dengan lebih produktif.