Nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani, pernah menjadi fenomena dan sebutan warganet apabila tular klip video memaparkan dirinya seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti TV America’s Got Talent (AGT).
Malah, Putri Ariani yang mempunyai 1.4 juta pengikut di Instagram, dan 3.1 juta pengikut di Tiktok berjaya membuktikan bahawa kelainan upaya yang dimilikinya bukanlah halangan untuk dia menempa kejayaan di persada antarabangsa.