MOSCOW – Pendapatan Mesir daripada Terusan Suez merosot lebih 60 peratus, bersamaan AS$7 bilion pada 2024 akibat situasi di Laut Merah, menurut Pejabat Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Sisi bertemu dengan Pengerusi dan Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Terusan Suez, Laksamana Ossama Rabiee… Presiden El-Sisi dimaklumkan mengenai hasil pendapatan yang diperoleh daripada Terusan itu pada 2024, yang mencatatkan penurunan lebih 60 peratus berbanding 2023.