Mesin layan yang menjual produk dipercayai telah dicipta pada kurun ke-18 untuk menjual tembakau. Ia menjadi semakin popular awal kurun ke-20 bagi tujuan menjual minuman dalam tin dan juga rokok. Di Jepun “mesin gedegang” ini mula popular sekitar 1970an dengan ia kini boleh menawarkan makanan serta minuman panas kepada pelanggan. Inovasi seterusnya dalam teknologi mesin layan diri ialah menggunakan sumber kuasa hidrogen.
Mesin layan diri berkuasa sel hidrogen dibangunkan oleh Fuji Electric dengan ia tidak memerlukan sambungan kepada palam elektrik seperti mesin konvensional. Terdapat katrij sel hidrogen yang akan membekalkan kuasa elektrik yang diperlukan. Dengan ini mesin boleh diletakkan di mana-mana sahaja tanpa perlu sambungan kepada sumber kuasa. Selain itu penggunaan kuas hidrogen turun mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 60% oleh mesin ketika beroperasi.