Diam tak diam, anak bongsu Marion Caunter dan SM Nasaruddin sudah pun mencecah usia lapan tahun. Bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang iaitu Liam yang juga satu-satunya anak lelaki, pasangan romantis berkenaan teruja mengadakan sambutan hari lahir Liam di kediaman mereka baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, pengasas bersama My Hair Play dan More by Mare ini memuat naik video dan momen bahagia mereka sekeluarga ketika meraikan hari lahir ke-8 Liam.