BESUT – Seorang ibu tidak menyangka anak sulungnya yang juga pelajar Tingkatan Satu maut kemalangan bersama rakan baiknya ketika dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah di Jalan Bukit Keluang di sini pada Selasa.
Nor Aziera Hashima Mohd Saleh, 33, berkata, anaknya, Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli, 13, amat rapat dengan rakannya, Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, 13, dan mereka ke sekolah bersama setiap hari.