SUBANG JAYA – Seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan sebelum melarikan jam tangan berjenama Rolex di sebuah premis menjual barangan berjenama di kawasan SS 16 pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat pekerja premis terbabit.