IPOH – Polis menahan lapan lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Jalan Keliling, Taman Canning di sini pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 2.30 pagi, suspek menyamar sebagai pekerja kontrak dengan memakai jaket berwarna hijau mencuri kabel bagi mendapatkan tembaga untuk dijual.