SaPa sebuah bandar yang berada di Wilayah Lao Cai di Barat Laut Vietnam, merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan bentuk muka bumi bergunung-ganang dan mempunyai cuaca yang sejuk serta segar.
Membuat trip secara solo selama lima hari ke Sapa, bagi Helmi Baharum destinasi tersebut merupakan tempat paling cantik di Vietnam. Lebih menarik lagi ketika kunjungannya itu, dia berkesempatan berada di penghujung musim sejuk transisi ke musim sakura atau musim bunga di bahagian Utara negara Vietnam.