Ezzah Aziz Fawzy antara nama besar dalam industri penyiaran negara. Berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang penyiaran, Ezzah berjaya membuktikan kemampuan diri dan mengasah bakat sebagai penyampai berita, pengacara dan penerbit. Bersandarkan wajah cantik, bakat dan kepetahannya dalam menyampaikan informasi, tidak hairanlah pesona Ezzah masih diingati penonton hingga ke saat ini.
Bakal mencecah usia 60 tahun pada Ogos nanti, Ezzah memulakan karier di TV3 pada tahun 1987. Antara personaliti televisyen lain yang seangkatan dengannya termasuklah Puan Sri Normala Samsudin, Zakiah Anas dan Yusanani Yushak.