Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Yatie Kamarzaman memaklumkan pembantu rumahnya yang dikatakan telah melarikan sejumlah wang serta barangan kemas bernilai hampir RM300,000 telah pun berjaya diberkas pihak polis.
Menurut Yatie, dia sebenarnya telah menyerbu lokasi persembunyian pembantu rumahnya tanpa pengetahuan pihak berkuasa.