CHONBURI – Seorang lelaki berusia 32 tahun di Thailand bertindak mencederakan diri sendiri selepas mendapati hidangan mi goreng atau ‘Pad Thai’ yang dipesannya mengandungi kucai, meskipun dia telah meminta agar bahan itu tidak dimasukkan.
Kejadian berlaku pada pagi Sabtu lalu di Daerah Napha, Wilayah Chonburi apabila polis menerima laporan mengenai seorang lelaki yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka.