KOTA BHARU – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang hadir ke balai membuat laporan berkait kes perjudian dalam talian ditahan kerana dipercayai terlibat dengan jenayah penipuan Love Scam melibatkan kerugian berjumlah RM16,650.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek yang berusia 46 tahun itu ditahan selepas hadir di Balai Polis Pengkalan Chepa dekat sini pada Ahad.