Lebih 3,800 penghuni Menara Marina Pinnacle di Dubai Marina terpaksa dipindahkan selepas kebakaran besar melanda bahagian atas bangunan pangsapuri setinggi 67 tingkat itu pada malam Jumaat, 13 Jun. Tiada kecederaan dilaporkan.
Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan, mengakibatkan api dan asap tebal kelihatan dari tingkat atas menara yang turut dikenali sebagai Tiger Tower itu. Jabatan Pertahanan Awam Dubai melancarkan operasi pemadaman dan pemindahan secara besar-besaran.