JAKARTA– Seorang lelaki di Sulawesi Selatan mencetuskan kekecohan dalam kalangan penduduk tempatan apabila bertindak mengahwini ibu mentuanya selepas wanita itu hamil hasil hubungan sulit mereka.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai BR, dipercayai menjalinkan hubungan terlarang dengan ibu mentuanya, FR, 36, di kediaman mereka di Taccampu, Desa Abbanuange, Kecamatan Lilirilau, Kabupaten Soppeng.