Pesohor industri hiburan Indonesia Melly Goeslaw akhirnya mengaku telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya selepas peminat terkejut melihat penampilan terkininya yang cukup berbeza.
Menerusi perkongsian di media sosial, Melly mengaku pada dasarnya dia tidak berhutang penjelasan kepada sesiapa mengenai tindakannya melakukan pembedahan plastik pada wajah kerana ia dilakukan dengan duitnya sendiri tanpa hutang.